BlackBerry Q5 - Penyelesaian masalah: Kenalan

background image

Penyelesaian masalah: Kenalan

Kenalan saya tidak digabungkan secara automatik

Peranti BlackBerry anda menggabungkan kenalan secara automatik apabila jelas kenalan itu merupakan orang yang sama
(contohnya, mereka mempunyai nama pertama dan nama keluarga, nombor telefon mudah alih, BlackBerry ID dan
sebagainya, yang sama). Jika anda masih melihat entri pendua dalam senarai kenalan anda, anda boleh menggabungkan
kenalan itu ke dalam satu entri.

1. Dalam aplikasi Kenalan, sentuh dan tahan kenalan.
2. Ketik

.

3. Ketik kenalan yang hendak digabungkan.
4. Ketik

.

Gambar kenalan saya kadangkala bertukar

Jika anda menambahkan akaun rangkaian sosial pada peranti BlackBerry anda dan menggunakan gambar profil sebagai
gambar kenalan, maka gambar itu akan bertukar apabila kenalan menukar gambar profilnya.

Panduan Pengguna

Aplikasi dan ciri

257

background image

Saya mempunyai entri duplikasi kenalan

Jika anda mengimport entri kenalan menggunakan BlackBerry Link, anda mungkin melihat duplikasi entri di peranti anda
selepas menyegerakkan peranti dan komputer anda.
Anda boleh mengalih keluar duplikasi dengan menggabungkan kenalan di peranti anda, atau dengan mengosongkan data
setempat dalam peranti anda.
Untuk mengalih keluar entri duplikasi kenalan dengan memadamkan data peranti setempat anda, lakukan yang berikut:

1. Pada skrin utama, leret ke bawah dari bahagian atas skrin.
2. Ketik

Tetapan > Akaun.

3. Ketik

.

4. Ketik Kosongkan Kenalan Setempat.

AWAS: Mengosongkan data setempat anda akan memadamkan secara kekal sebarang entri kenalan yang anda simpan
secara setempat di peranti anda.